Pages

Monday, September 26, 2016

Talam Sago - Resepi




Bahan-Bahan : (untuk setiap lapisan)


Lapisan 1 Warna Biru (bunga telang / butterfly pea)
150 g  Sago (pearl sago) warna putih
75ml Santan pekat
50g air (blender dengan bunga telang)
100g gula castor
1/2 teaspoon garam
1 cawan bunga telang

Lapisan 2 Warna Orange (pumpkin)
150 g  Sago (pearl sago) warna putih
75ml Santan pekat
50g air (blender dengan pumpkin)
100g gula castor
1/2 teaspoon garam
1 cawan pumpkin (diblender dengan air)

Lapisan 3 Warna Hijau (daun Pandan)
150 g  Sago (pearl sago) warna putih
75ml Santan pekat
50g air (blender pandan)
100g gula castor
1/2 teaspoon garam
1 cawan daun pandan (disaring dan diambil juice nya)

Hiasan
Kelapa parut (kukus selama 10 minit) campur secubit garam.

Cara-Cara
1.Cuci sago dan rendam selama 30 minit dan air sama paras dengan sago.
2. Satukan semua bahan.
3. kukus selama 35 minit dalam acuan kukus (8 inci) atau sehingga masak.
4. Ulangi proses yang sama untuk semua lapisan.
5. Setelah sejuk potong kecil-kecil dan salutkan denagn kelapa parut yang telah dikukus.