Friday, July 31, 2015

Roti Jala suka hati


first atempt . hahah dekat suda saya give up.





Roti Jala Resepi (Apa-apa kuah pun ok ni, macam roti canai)

150 ml susu
150 ml air
1 biji telur
garan sikit
serbuk kunyit sikit
3 sudu butter
200 gm tepung (depends sama kepekatan dia, kalau cair tambah lagi)

Cara-cara: mix semua. saring, then guna acuan goreng di non-stick pan. Atau kalau saya yang teda acuan, guna mineral botol kicil kasi lubang di tengah tengah tutup dia. terus picit di kuali macam picit sos burger. hehe

next. Sos Durian,

Susu + brown sugar + gula biasa+tepung jagung (untuk kasi pekat) + daun pandan + durian kasi didih di api sampai pekat. itu jer.



Selamat mencoba




   




Thursday, July 30, 2015

Nasi Kerabu

Hansel : Cikgu cakap nanti masa open house di rumah dia, dia mau masak Nasi Kerabu. Apa tu Nasi Kerabu mama?

Mama : Nasi Kerabu yang warna biru tu.
Hansel: Macam mana punya?
Mama :  Sama macam Nasi Kekamis.
Hansel : Apa Nasi Kekamis?
Mama : Sama macam Nasi Kejumaat. hehehehe
Hansel : Cheh.







Tuesday, July 28, 2015

Testing new site

someone introduce a new site called Picfair. Selling photo online where the photographer can upload,  sell and set their own price and keep the copyright. Sounds interesting. I've upload a few yesterday and who knows i can make money out of it. ;)  #fasten your seat belt and be creative people!

*pure Sabahan profile pic. hehe

Monday, July 27, 2015

Linopot Sada om Kinotuan (botok-Botok Johor) versi Sabah

Linopot Sada- nama dia kalau suda sampai dapur saya la. hehe sebenarnya ni recipe nama dia Botok-Botok Johor. Nampak macam senang mau buat. tapi... test baru tau la kan.

Ni pagi, saya trim semua herbs yang saya tanam. Sebab, hari-hari baking. Jadi tiada masa mau tingu-tingu. Sayang mau buang, jadi saya teringat lah itu satu food yang kena beli di bazar Ramadan Wangsa Maju (KL) last month. Terus bikin keluar bihis. So saya google recipe dia. Dan beginilah kejadiannya..

Ikan Tuna /langkunis (apa-apa ikan pun ok ni)

Bahan A (Rempah)
2 Ulas bawang merah (tumbuk) 
4 ulas bawang putih (tumbuk) 
2" halia muda (tumbuk) 
1 sudu teh Jintan Manis 
1 sudu teh Jintan putih
1 sudu teh ketumbar 
2 biji buah keras 
½ cwn asam jawa 
1 sudu Kerisik
1 sudu bsr lada kisar 
p/s rempah boleh diganti dgn rempah kari ikan. 
Santan (kalau mau)
Udang kering (ditumbuk)
daun limau purut - hiris
daun kunyit-hiris

Tumis sampai kering.

Bahan B - Sayur sayuran (campur saja apa2 sayur kampung) 

Bungkus semua bahan sama daun pisang (macam dalam gambar) lepas tu steam.




Serai, sweet basil, oregano, ulam raja, kesum, daun kunyit


Ulam raja, kangkung, pucuk ubi manis, daun betik, pucuk ubi, sweet basil, kesum, gondula (entah apa nama dia in Malay ni)








kasi umph sikit








Monday, July 20, 2015

Misteri naik Gunung Kinabalu

Pengalaman paling misteri yang pernah saya rasa masa naik Gunung Kinabalu.

Okay, ini pengalaman saya, naik (daki) gunung Kinabalu.

Sebenarnya, secara peribadi, setiap kali naik gunung, memamg ada saja kenangan. Manis pahit, asam masin. Kalau kau tidak pernak naik, trus ngam2 terjoin group yang sedang cerita pasal gunung. Kau bikin kupi lah sedia, lama tu cerita dorang. hehe

Tapi ini kali saya mau kasi kongsi satu pengalaman *lagu sentimental* yang ..tidak tau apa la punya rasa ni masin atau pahit manis, tapi yang pastinya pengalaman ini mendewasakan saya, terutama dari segi spiritual (aiseymen.macam bunyi yang serius)- dan rasa macam 'terhantuk' kepala saya (macam perasaan insaf gitu la aiseymen lagi.). 

Kejadian ini berlaku pada tahun 90an, saya tidak ingat pula yang ke berapa kali naik gunung masa tu. Sebab ada satu abang yang suka organise trip jalan-jalan (dan telampau selalu ni). Al maklumlah bujangan. Jadi mama saya masa tu kasi benar saya ikut, pasal untuk jadi spy kan. Abang saya ni kira taiko la kunun, bukan taiko 'ranga-ranga' yang jenis negatif, kalau itu, lama suda putus telinga dia mama saya tarik. Dia ni ala-ala travel agent/tourist guide keluarga la ba kunun tu. Tapi yang geng-geng join ini trip ialah dari family, cousin, atau kawan satu kampung biasanya (sebab sinang mau pungut duit).   

Ok diteruskan cerita, kalau kami mau naik gunung, bukan alang-alang (konon), 4 hari 3 malam, chewah. Time tu memang siok lah, abis harga bayar hostel cuma RM10 kali tu saturang. Campur semua mungkin less than RM100. Tapi makan/masak sendiri dan angkat sendiri juga pigi sana Gunting Lagadan. O yeah. dan sampah bawa turun juga okay. O yeah sekali lagi.


Kalau tidak silap, group kami semua ada 16 orang. 6 perempuan, Sebelum hari mendaki, malam pertama kami tidur di National Park (dulu masih manage by Sabah Park) hostel yang besar tu. Lupa pula saya nama dia. yang dibawah tu. Cerita pertama (yang saya ingat lah), salah satu orang dari kami ada ternampak satu orang perempuan (yang disangka dari group kami) sedang duduk2 di luar balcony, membelakang, macam sedih2 merajuk punya style. Dia ingat member kami sebab panjang rambut dan cun2 badan dia. Sekalinya dia masuk bilik, aikk ada pula dia dalam bilik (iya masa tu satu bilik lebih 12 orang, girl boy campur saja-memang semua good attitude, no worries punya.) Lepas tu banyak lagi cerita lain, conteng chimney pun ada. haha nakal. Next day masa saya naik pi Laban Rata limpas batu besar (Paka Cave) rasa semacam saja. Dan masa saya naik pigi puncak, saya balik-balik dengar ada orang panggil saya dari belakang -suara sayup2 ( oo lupa kasi tau, saya memang selalu dijaga oleh guide, sebab selalu uncit) jadi saya kasi tau la tu guide pasal itu,  "jangan tingu blakang atau menyahut, jalan saja." begitu katanya.  Saya tidak banyak soal, sebab mama saya suda pesan balik2, jangan ini jangan itu, saya paham terus apa maksud guide. Habis cerita saya di puncak. Sebenarnya tidak sampai pun di 8km, 7.5km saja, sebab time saya naik, berturunan suda semua orang dari puncak, walaupun baru lepas sunrise (alasan la bah kunun).

Okay, yang cerita utama ini bah,
Pada malam ketiga kami di National Park. Kami stay lagi satu malam di Old Hostel *music x-file*.  Masa  ini, kami tinggal 12 orang, 4 orang sudah balik rumah. Siapa yang pernah tinggal di sana memang ada rasa lain sikit kali. Tu hostel cat gelap dan lokasi dia pun hutan tebal sikit. Ala-ala twilight movie gitu. Pandai meremang bulu roma tetiba. dan dengar cerita ada satu girl pernah gantung diri disini. erkk.

Lepas check-in, kami dapat bilik. Guess what? Jeng, jeng jeng. itu bilik yang kami dapat, itulah kunun bilik yang itu tu, bilik paling femos. Masa kami tau kami dapat tu bilik, kami tidak pun ada mentioned pasal tu girl. Masing-masing cuma takut dalam hati saja. Saya tidak pasti itu cerita benar atau rekaan, tapi sejak dari dulu memang kami sentiasa mau mengelak tinggal di Old Hostel. Tapi memandangkan tiada tempat, kami terima saja. itu bilik ngam2 12 katil kalau tidak silap. Diteruskan cerita.  Jadi masa masuk, ada satu member terus pilih katil yang paling dekat pintu, terus dia bilang, "supaya saya duluan kena tegur". Sebenarnya ada member boys bilang kau di dalam sikit. Tapi dia mau juga berkeras mau tidur sana. Adab tidur pun kami selalu arrange, boy mesti dekat pintu, cara tidur mesti kepala bertemu atau kaki bertemu, kepala jangan ngam2 di pintu.  (hopefully kamu faham maksud saya,) macam orang tua selalu arrange tidur kalau di sulap bah. terbawa-bawa la ni culture sampai basar.

Okay diteruskan cerita,

Lepas dinner, yang member saturang tidur dekat pintu tu keluar sekejap, then kami suda di bilik bersedia untuk tidur, tapi masih lagi cerita. Yang boys ni pun satu, tiada cerita lain, misti cerita hantu. Katawa katawa sana, saya ngantuk suda tapi masih dengar cerita dorang. Tidak lama kemudian ni member kami masuk, terus dia tidur, kepala ngam2 di siring pintu (sebab bilik ngam2 size katil.) Sekali ngam2 jam 12 tengah malam, dia teriak "Mummyyyyyy!!!"  mula-mula kami ingat dia mengigau, Terus tetiba dia jadi sangat berpower, aksi flying kick versi baring, then dia bangun macam mau keluar, sambil teriak-teriak. All the boys pigang dia pun dia masih buli terlepas, tapi kami jaga pintu.  Adui na..  macam mana lagi kami tidak ter-panic kalau dia pandai panjat dinding mau keluar dari siling.  Terus ingat dia kena histeria. Benda yang paling kami takut. My brother suruh kami girl yang keluar. Takut terjangkit mungkin. (kan di sekolah selalu kena asing kalau budak kena histeria)

Abang saya pigi minta tolong staff Sabah Park yang kerja shif malam. Staff cakap, diarang tidak buli buat apa-apa. Paling-paling pun kami bawa pigi hospital Ranau, kasi injection saja tu. dia bilang.

Dalam pada itu, berkumpul suda orang di luar hostel dekat jalan raya. Main kau tu kalau suda teriak-teriak. Mungkin dorang pun tertanya-tanya apa ko bondo ni. Cuma dorang tidak berani masuk. Cuma tanya-tanya kenapa saja.

Kami yang sedang ketakutan di luar (living room yang ada chimney), tetiba, by God's grace, ada satu lady. maybe 40+ kali tu, stay di bilik sebelah. Dia tanya kami, kalau kami satu group sama yang di dalam bilik. Kami cakap ya. Terus dia minta izin masuk dalam bilik kami. Masa itu, member yang teriak-teriak tu sedang di pegang kuat oleh 6 boys , sebab dia telampau kuat. Ini nice lady say hello sama kami semua terus dia minta permission kalau dia boleh tolong. Kami angguk-angguk kapala ja, teda geleng lagi. Dia sentuh saja dahi dan kepala dia sambil mulut dia kumat-kamit, terus member kami tu diam. Macam kena lock bah aku bagi tau sama lu.  Tapi bila dia lapas tangan dia dari dahi, terus dia back to meronta-ronta sambil teriak.  Ai susah betul bah mau menggambarkan keadaan ketika itu.  Saat tu saya rasa tu lady ada power, yang pandai 'baca-baca',

  ...bersambung nanti la. saya sumarat ni. kalau mau tau cepat sambungan ni cerita, komen ja di bawah, supaya saya kasi abis ni cerita.

bah siaran bersambung..

Lepas itu dia cakap "this is strong". Terus dia panggil satu young boy (yang satu group sama dia). "Bring my Bible here". Young boy pun ikut, dia ambil Bible dari bilik sebelah dan kasi pigang member kami ni. Masa tu kan, kalau saya gambarkan keadaan, cam ni la kami semua, mulut ternganga yang paling nganga sekali. Macam wayang harry porter bah, yang scene lepas kana tunjuk kayu sakti trus tabuang. Tapi tidak pondo terpelanting la yang scene kami ni, cuma dia berhenti bergerak dan macam kena 'lock' la. hehe terlebih suda kalau palanting.


Masa tu jam menunjukkan lebih kurang 1:30-2 pagi kali tu. Trus lady ni cakap, "saya tidak boleh tolong kamu ni, kamu sendiri mau tolong dia." "haahhh???' lagi la ternganga mulut kami. Macam mana la kami mau tolong ni kami bilang dalam hati.  Mungkin dia tau kerisauan kami, Terus begini dia cakap, Dengan nada yang lembut dan halus manis. (ya betul-betul ni) "Dia kawan kamu, dan satu kumpulan dengan kamu. Dia perlu kekuatan kamu semua, Kawan kamu ni mungkin di alam lain dan mungkin banyak 'benda' yang tidak baik sedang ganggu dia dan tidak mau melepaskan dia. Jadi saya minta setiap kamu dalam kumpulan ni, walau apa juga kepercayaan kamu, kamu berdoa dengan sepenuh hati kamu untuk dia, cari kekuatan kamu dalam doa untuk melawan kuasa jahat yang sedang menggangu dia. Kamu tidak boleh kalah. Dan jangan menangis. Kamu berdiri di keliling dia." Suara dia betul betulll halus manis ni.  " Saya  keluar dulu, itu saja yang dapat saya tolong, dan ingat pesan saya". Kami angguk angguk saja. (Saya sambil lap air mata. :P) Lepas tu dia keluar, tutup pintu.

Masa tu member kami masih meronta-ronta, masih berteriak. Kami buat apa yang dia suruh, kami semua berdiri keliling (sisi) dia dan pray berabis. Amazing. Masa kami start pray,  dia berhenti, macam kena lock juga, Macam yang lady buat tu mula-mula. So kami continue lagi (terkejut juga nampak macam kami pun ada power gitu), bila part dia sudah berhenti (atau kurang bergerak), kami duduk la kunun di siring katil. Tapi dia pandai mengamuk balik bila kami berhenti. Kami berdiri lagi.. dan pray lagi. Nah, saya rasa inilah doa yang paling panjang dan paling terus terang  pernah saya buat. Bukan saya saturang saja bilang ah, semua dalam group ni pun bilang gitu. hehe.. Dan sampailah jam menunjukkan 4:00 pagi. Tetiba dia duduk dan muntah-muntah (yang muntah angin-teda isi). Lepas dia muntah tu, dia tidur balik. Kami pun pigi katil kami. Kami girl satu katil 3 orang. duduk sambil tidur. Yang lucu boy pun begitu. 3 orang satu katil yo. dengan badan yang tagap macho lagi tu. hehe

Jam 5:30 pagi kami bangun (yang member kami tu masih tidur) Terus kami 3 orang girl pigi washroom (sambil tidak melepaskan berpigang baju antara satu sama lain). Masa kami keluar, kawan saturang ni buka pintu, sekali buka pintu, member kami tu bah yang masuk, apa lagi kami berteriakan, mungkin sampai jipun suara kami tu. Dia tanya, " eh kenapa kamu ni?" kami terus berlarian masuk bilik. Sampai bilik, kawan kami yang lain semua kasi ketawa kami, "Dia ok suda tu"  ooo.. rupanya... hahaha

Selalunya trip kami, kami lambat-lambat pulang, lepas lunch baru check out. Tapi hari itu, kami check out awal sekali. Masa pulang packing barang masuk kereta, tejumpa la ini lady di luar, pun check out juga. Kami semua shake hand & say thank you sama dia. Tapi dengan tidak semena-mena, yang member kami satu bertanya? Kenapa saya perlu cakap thank you? Kami bilang, 'eh sek-hen ja la. sampai rumah baru kasi tau.' hehe kesian dia. Biru-biru lagi badan dia, macam bekas kena tumbuk.

Dan gitu la kesudahan cerita misteri itu. Sebenarnya banyak cerita dalam kejadian ni. Tapi Susah mau explain.  Pengalaman yang tidak pernah saya lupa sampai bila-bila.

By the way, lepas kejadian ini, ada lagi terjadi di trip kami seterusnya. Lain orang, lain tempat dan lain group. Tapi itu lain chapter la. Senang senang baru cerita.

Akhir kata, Never doubt the power of prayer.


p/s maaf ya, entry saya yang paling panjang dan in very Sabahan way.. XOXO



Antara yang witness tu kejadian. Kecuali yang brown singlet.







Helianthus or sunflowers

Sunflower brighten up my day.

*sunflower photo taken in Bali

Feel free to browse or download my photo HERE

Saturday, July 18, 2015

No. No Shopping This Time.

..the phrase that i think never exist to a woman when travelling. 

So, this is it. The shopaholic sisters that shop-till-last-penny.

KK-KL-Ho Chi Minh (Saigon)

19 June 2015 - Day 1

Start from KK to KL.This time Fly with MAS. 


A must photo.  

Ok ada tv. hehe sakai. Last fly with MAS maybe 15 yrs ago. 
(since 'everyone can fly' exist kan..)

BEAUTIFUL SUNRISE over mount Kinabalu. *sorry miring


Cotton cloud. *misti ambil ni gambar, buli jual. :P

view - SINI kalo tida picaya. O yeah.



Sampai KL, tuu na orange luggage. Siok o ni bag. very comfy 4 wheel drive.
Lapas tu, trus naik bas pigi KL Central. RM10 only.


Iklan basar di KL Central. Semua artis bollywood. hebat ni bolly.

Simpan luggage di KL Central (RM5 per bag sampai 10:30pm)
Trus jalan-jalan dulu warming up shopping. aiseymen. 

Pigi KLCC la, banyak mau tingu2. Tapi hujan.

KL Transit system. misti mau balajar. Sinang teda traffic jammed.



Buang masa gambar2. Takut habis duit. hehe

nah malakat.

Lapas gambar, makan. Lapas makan, gambar. 

Bazar Ramadan Wangsa Maju
Paling best pigi bazar Ramadan. Sebab ngam2 time puasa. OOooo yeah





20 June 2015 - Day 2

*The Mines Shopping Mall
Mula suda shopping, cari sandal dulu yang comfortable supaya buli jalan sampai tutup kadai.

Penang Laksa

Kami tak po'se. hee.. Yum

Herbs Garden

Mahnn i tell you. trus juling my mata nampak ni kabun. Trus bili Rosemary and lavender. Macam mana mau bawa balik KK blakang kira.



Bazar Ramadan Kelana Jaya.
Saya heran napa sadap-sadap tu food.


yumm

yumm lagi

Tukang jual yang ngam betul sama jualannya.


Ni gerai sangat friendly. pembeli dan penjual 2X5 friendly. Sedap food dia. Kalau tidak silap nama gerai dia PakSu Man.

Nah ini penjual dia. hebat. Semua tetamu dia layan habis. sentekeh bosku (Y).

Ayam kena marinade dalam tajau besar. first time la saya nampak ni. 
Selalu tajau besar kalau di Sabah tempat tuut ja. heeeeee

Balcony view from our nephew punya unit. Siok. easy access walaupun bising sikit tu KLIA Express.
Lama-lama pandai immune.

Ahh..subur ni mint leaves.



21 June 2015 - Day 3
KL-Vietnam

Pigi KLIA 2
 nakal ni budak2, kawah decoration pun kena kacau. Kalau yang real belum tentu kena pigang tu. muahaha!

Hebat dorang. Makan depan orang puasa. heee

Mekong river view 

Ho Chi Minh Airport
Guna teksi dari airport pi Hotel. Maybe around RM40 satu orang.


We stayed at Ellyse Nga Khanh Hotel

Transformer looking tap. 


Bilik VIP. aiseymen. trus buli masuk 6 orang. Tapi 10 orang pun muat kali tu. Tapi jangan cuba. Sama juga dia charge per pax. hoho




Belajar dulu kira dan kenal duit. heran, teda coins. Tapi jadi sikit duit kami, sebab ringgit jatuh mendadak.




Trus pigi Ben Tanh Market. Cari makan dulu. Food dorang panuh sayur-sayuran. a.k.a hutan rimba

sampat posing cari ilham untuk belian seterusnya

Scene at Ben Tanth Street

Nah, bikin juling mata

sampai malam, singgah lagi pasar malam,  bargain-till-fed-up.haha




Nah, mesti beli sebab ada tulisan "SALE" :P


Nah food dia. hutan rimba

What makes Vietnam food special is the food served with fresh herbs, yang banyakk - ya hutan rimba la tu

Cili dia gila padas. buli pengsan. 



22 June 2015 - Day 4
Breakfast time.



Ni hari pigi Saigon Square. Dekat saja sama Ben Tanh Market.

Limpas jalan misti pigang tangan. hehe





Sampai Saigon Square after limpas (keluar masuk)  kadai hehe 
Quality kain yang bagus.






Macam-macam ada..



Trus lunch di sini. Ok ni reasonable price. Yang we noticed, susah sikit cari halal food. Kalau ada pun sangat berlipat kali ganda tu harga.





Banyak jual2 di street. Tapi kalau council datang, siap la, bertempiaran juga.

Apa saja yang di jual, dibeli juga oleh mereka.

Kalau bunga ni buli bawa, mau juga beli. 

Fresh dan cantik ni bunga2 sini. Maybe cuaca dia cool sikit.

Sambung shopping lagi lepas refill.

cantikkkkk

berpikir dia mau beli ka tida. 



Dinner

nah hutan rimba lagi.

linopot kinotuan. eh nda bah
Vietnamese Fresh Spring roll



23 June 2015 - Day 5

ni hari mau tingu-tingu architecture di Saigon. Walaupun nama ni city suda tukar pigi Ho Chi Minh, masih dorang panggil Saigon.




Fruit seller. Betul-betul la rajin. Kasi gam tu langsat trus nampak fresh la.

ya bili! bili!



Macam uniform DBKK pula

cantik dress dia. mostly orang sini pakai dress. Itulah pasal kali dress2 dorang berkuality tapi murah.

Bikin sedih juga history diarang. But they're catching (develop) other countries very fast. i guess.


kreta kabal


Tourist guide. kunun. ada effect terbang rambut ala model sempuh.

Antique inside the building. kalau pecah ni, siap lah kau.

saya suka ni art dinding. Japanese art. Ada lah tu history dia. 

Tempat kena bom.
macam buli 'feel' o sini. duyaii 

Lepas tu pigi Church Notre Dome 

Student sedang bersantai. Sporting juga bila kena suruh pose.
weather sini sejuk sikit angin dia. Buli picnic di taman.


 Nah itu.

Sayang kena vandalism

Sakitnya tuh disini. bilang kakak ku

Old post office.



Balik hotel. 

Sambung lagi masuk keluar kadai.



Every corner buli duduk. Santai jer..


Lapar suda, try ni kadai. tapi teda yang ngam. 
Ada satu menu, dia bilang "dog flavour" erkk apa la tu?

trus tukar ni kadai.



sedang bikin fish ball



Sambung lagi shopping 



menyesal tidak beli tu sport bra.


Tuuna orang putih bah, sudah la hensem, sporting lagi. Susah mau suruh dia posing lebih, Ada bebeh dia di sebelah.  hoho




Siapa peminat kain. nah sini la kau






dia begging kau sampai kau beli. oo lupa, buli guna Ringgit. 
Tapi bawa sedia duit RM10 , RM5 or 1. sinang bargain.




24 June 2015 - Day 6


Tunggu bas. The day before, kami ada booked tour pigi Mekong Delta. 
Apa2 kamu bayar, booked. kira betul2, tingu resit. Kalau tidak paham, tanya betul-betul.

Jual nius. Siok tupi dia. Sirung


Kalau naik moto guna skirt pindik. pakai ni ala-ala apron, supaya tidak masuk angin. hehe

Tunggu bas lai ni

Tour guide. Remind me of Martin Yan (chef) - Saya hafal betul slang dia, sebab saya tingu Chef Yan dari kicil. Paling famous show dia dulu in the 80s.

on the way pigi mekong, singgah rehat cari kamar kecil.

anywhere ada hammock.


sioknya kalau ada di rumah ni

macam bali style, tapi macam bukan juga.


Mahal kuih dia. mungkin satu kuih sampai rm20 kali tu, sebab semua tourist berhenti sini



Singgah sini Temple, one of the tourist attraction 

hebat

Mekong Delta
Mekong river limpas 5 negara. paling last Vietnam. Femos ni time belajar geografi.
and Vietnam tukang supply baras utama duniya, dia bilang. ini baru saya tau.

Try madu

Ini scene dan tempat betul2 remind me of pirates Caribbean yang ada Chow Yun Fatt tu.

Ada boya ni. grrr

Ada nyanyi2

Trus dia kasi bakul suruh bayar.


Herbs lagi

Ikan guring 100,000 dong lebih kurang rm 20

Boat di Mekong river


Back to Saigon.

Sambung lagi


Saya suka ni tempat..cantikkkk tu dishware dia



Dinner di pasar malam. Susah bah cari tempat makan



25 June 2015 - Day 7
Saigon-KL
breakfast jagung

Ada panjaga


nice weather

untuk unduk. ngam

bagus quality kain dia. tapi awas jangan sampai tipah tetipu, sebab buli keliru ni bila membargain


tingu atas, tingu bawah, yang mana satu pilihan kalbu

pasar sayur di Ben Tanth

AHHHH my fevrettt. Nasiblah kau tida buli bawa pulang

duku langsat


Jual longan. Kami ada bili ni. fresh juga. Tapi awas tipatetipu

Ni hotel siok, apa saja ko minta ada. Kalau lupa check-in flight, dia kasi pinjam kau computer dan printer trus ada timbangan juga. Mana tau luggage access berat. hoho
*tapi sebelum itu, tanya dulu kalau kena charge. 

On the way pi airport. Minta cari ja teksi di reception. Sekelip mata ja sampai

Tunggu flight lepas kasi abis duit dong. Teda kana airport tax ma..heran.



Sampai KLIA 2. trus jumpa Taylor Swift !! yay!

25 June 2015 - Day 7
KL-KK
Sempat jalan2 with niece and kids di KLCC

Trus naik sini...ooo gali kaki saya









harga


Sempat jadi otromen di KLCC

Sambung Shopping di Jalan Masjid India.. a must visit place kalau gila shopping kain kainan. Sambil tunggu bazar makanan juga.


Trus buli check in MAS di KL central. hebat. Tapi misti bili tikit KLIA Express RM35, baru dorang kasi check in. Trus naik ni pi KLIA, kijap ja 30 minutes. Teda traffic jammed. 

Balik KK tingu ini. Kenangan musim budak..

"the hills are alive..with the sound of music...." gitu sambil kasi lapang tangan. hehe


Apa yang saya belajar.

1. Crossing road like a boss.
2. Awas tipatetipu 
3. history & Culture